Monday, October 17, 2016

BERENANG HARI-HARI TAPI MASIH GEMUK???

HAHAHAHAA

Tajuk yang provokatif di situ. Anda rasa stress dgn tajuk blog ini??

Baguslah.

Bekas rakan sepejabat saya berbangsa German pernah berkata " Stress is good. It means you are still alive"

Sepanjang 5 tahun saya berkecimpung di dalam arena sukan renang, berikut adalah pendapat saya mengapa ada orang yang berenang tetapi masih tidak turun berat badannya. Remember, my observation skill is very strong, thats why Im a swimming teacher.

1. Berenang dengan penuh leisure ibarat bersiar-siar di taman.
Saya selalu perhati orang yang tembun-tembun ni lebih suka berendam di dalam kolam renang.
Ataupun mereka akan berenang dengan lemah gemalai dari satu point ke satu point.

Kita boleh perumpamakan (ada ke) mereka ini sebagai orang yg jalan 500 meter dalam tempoh satu jam dan pada masa yang sama akan duduk berehat setiap kali mereka terjumpa kerusi.

Dik, sila sedar bahawa ini tidak membantu mengurangkan berat badan anda.

The rule of thumb. if you feel your body is cold underwater, it means you are not swimming enough.
You should feel heaty if you are doing it right.

2. Pengambilan kalori dan gula yang terlebih dan melampau sebelum dan selepas berenang. Seram cikgu tengok.
Semasa cikgu mengajar di Putrajaya, cikgu akan bertembung dengan cik tembun - cik tembun yang suka berjemur di tebing kolam. bila timing kolam tutup, dia pun naik sekali.
bila kita makan, dia pun makan sekali.
tapi bila kita ambik nasi satu senduk, dia ambik dua senduk.

tsk.. tsk. tsk..

masa cikgu mengajar dulu, selalu cikgu advice dekat pelajar-pelajar cara mengawal kalori terutamanya selepas berenang
Cikgu anda macam mana?

3. Teknik pernafasan yang salah tidak membantu pengempisan perut yang buncit (girtuh usaha cikgu menaip dengan bahasa melayu)

Bernafas menggunakan dada dan paru-paru. Jika perut anda terlibat sama dan bergerak ketika bernafas di dalam air, itu adalah SALAH!



Saya memang cikgu yang garang. Sekian.

p/s: Mengapa saya menulis di dalam bahasa Melayu hari ini?
Kerana, google reminds me that the Malay audience is growing but Malay-languaged contents is still small. Ditto google, ditto..

No comments:

Post a Comment